:: My gangS :: TQVM

Thursday, March 24, 2011

When a Gay Fell in Love with a Tomboy - 2





When a Gay Fell in Love with a Tomboy -2






“Raze, kau dah siap belum?”

Aku jerit dari beranda bilik aku yang setentang dengan biliknya. Ternampak-nampak je kelibat dia berjalan ke hulu ke hilir dari sebalik langsir. Apa lagi yang dia tengah buat tu? Dah masuk pukul 9 malam dah ni. Kata tadi lepas Isyak nak datang rumah aku jumpa mama dengan papa. Ni tak sampai-sampai lagi. Kalau lewat-lewat sangat, mama dengan papa dah masuk bilik susah pulak. Aku kalau boleh nak je hal ni dipercepatkan, tak nak la ditanggu-tangguh .

“err...Qale, aku nak pakai baju apa ek? Tak tau nak pilih yang mana satu ni?”

Raze muncul dari sliding door dengan kemeja dan tshirt kat tangan. Aku tepuk dahi bila tengok dia yang masih tak berbaju tu. Tak siap lagi rupanya. Hanya jeans je yang tersarung kat badan. Adoyai, fault betul la dia ni.

Tapi kadang tu terasa macam nak gelak pun ada bila tengok Raze bersemangat gila nak jumpa dengan mama dengan papa aku. Macam nak pergi jumpa bakal keluarga mentua pun ada. Hehe..Aku tersenyum-senyum depan Raze.

“yang kau ni tersenyum-senyum apa kes? Dah mereng tengok aku?”

Raze menggoyang-goyang baju kemeja dia depan aku. Aku yang tengah berangan tu sedikit tersentak. Ngee, jauhnya kau fikir Qale. Mertua bagai, kau betul-betul nak kahwin dengan Raze ke?

“haa..Err..Kau pakai je la tshirt tu. Bukannya nak pergi majlis rasmi pun, setakat nak datang rumah aku je”

Aku letak jari kat bibir sambil fikir. Ok la tu kot Raze pakai tshirt putih tu. Tak la nampak skema sangat dari pakai kemeja.

“emm..Yela-yela. Kau tunggu aku kat depan pintu nanti tau”

Raze sempat lagi berpesan. Aku menjeling. Huh, siap kena tunggu dia lagi tu. Macam la selama ni tak pernah datang rumah aku pun. Kira rumah kitaorang ni dah jadi macam hakmilik kitaorang berdua, suka-suka je datang dan pergi. Lagipun mummy dengan daddy Raze tu rapat jugak dengan family aku. So aku dengan Raze dah macam adik beradik dah dan merangkap best friend forever. Yerla, dia pun tua dua tahun dari aku dan masing-masing anak tunggal, tak ada adik beradik yang lain.

“ok, dah-dah cepat pergi”

Raze tunjuk sign thumbs up dan melangkah masuk ke biliknya. Aku still termenung menongkat dagu pada pagar beranda. Betul ke apa yang aku tengah buat ni? Tapi kalau aku tak buat macam ni, sanggup ke aku kalau kena kahwin dengan Azrel Aqif tu? Huh, dengar nama pun dah seram semacam.

Tapi kan, agak-agak mama dengan papa boleh terima tak kalau aku cakap yang Raze dengan aku tengah couple? Macam mana ek reaksi diaorang nanti? Harap-harap la diaorang tak terkejut dengan berita yang akan aku bawak ni.







“Qale,aku rasa cam dah ketar lutut je ni”

Raze bagitau aku masa aku ada depan pintu rumah dia. Mengada-ngada punya orang la. Ada ke patut aku pulak kena pergi jemput dia kat rumah? Tadi dan-dan je suruh aku tunggu dia kat depan pintu rumah aku. Huhu,harap muka je hensem tapi tak gentleman langsung dia ni. Aku mengutuk dalam hati. Mengutuk depan-depan takut nanti dia cancel pulak plan aku ni.

“kau ni.. Relax la..Macam nak pergi berperang je”

Aku sengih depan Raze yang yang aku rasa macam skema je pakai tshirt kolar tu. Tadi dia siap nak tuck-in lagi tapi aku tak bagi. Ni pun macam kelakar pulak tengok muka dia yang dah pucat semacam je. Rambut yang tadi kemas masa keluar dari rumah, habis dah terjuntai turun kat dahi. Dah macam langsir tingkap pun ada..hehe.

“kau bolehla cakap cam tu sebab tak kena kat kau. Try la duk tempat aku sekarang ni”

Raze merungut-rungut sambil berjalan sebelah aku. Aku buat endah tak endah je. Nanti kalau layan, entah bila la nak mulakan plan aku ni.

Masa kitaorang dah sampai depan pintu pagar rumah aku, tiba-tiba Raze capai lengan aku. Aku terkejut lalu pandang dia sambil jungkit kening. Apasal pulak ni?

“janji Qale, apa-apa hal kau back-up aku”

“yela-yela. Tak kan ada apa-apanya la. Bukannya kau tak biasa datang rumah aku pun”

Aku senyum tengok Raze. Dia menarik nafas panjang sambil pejam mata. Sampai begitu sekali dia punya gelabah. Aku yang nak tergelak sampai kena tahan gelak. Mana boleh nanti kalau dia ubah fikiran, naya je aku kena kahwin dengan si Azrel tu. Hee, mintak simpang jauh-jauh.

“yang tu lain, datang jalan-jalan sambil makan-makan. Ni datang untuk jumpa bakal mertua”

Raze kembali berjalan-jalan kat sebelah aku. Aku mencebik.

“Qale”

Raze panggil aku lagi. Aku berpaling pandang dia masa kitaorang dah sampai depan pintu rumah.

“apa lagi ni?”

“ serius aku cakap, aku rasa takut je. Tak jadi la cam ni” Raze dah berpusing ke belakang. Ai mamat ni, nak patah balik ke? Habisla rancangan aku kalau macam ni.

“jangan nak ngada-ngada nak cancel pulak. Kau kan dah janji nak tolong aku. Jom masuk”

Aku tarik jugak tangan Raze dan masuk ke rumah. Sejuk gila tangan dia ni. Rasa macam menggigil pun ada jugak.








“eh Raze, duduk la”

Papa yang tengah lepak dengan mama kat ruang tamu sambil tengok tv tu pelawa Raze duduk. Aku duduk kat sebelah Raze kat sofa L-seater. Mama hanya senyum je tengok Raze. Permulaan yang baik ni. Aku sengih dalam hati.

“ma, pa. Qale nak cakap something ni”

Aku memulakan perbualan sambil pandang tepat wajah mama dengan papa. Aku jeling ke arah Raze yang tengah statik kat sebelah aku. Aik, dah jadi macam tunggul dah. Mata je yang berkelip-kelip..hehe.

“ada ape ni?”

Mama dah pandang aku semacam. Aku gigit bibir. Macam mana ek nak cakap ni? Agak-agak mama marah tak? Aku cuit Raze kat sebelah suruh bersiap sedia.

“err..Pasal lamaran Uncle Syud ngan Auntie Na tu, boleh tak kalau Qale tolak?”

Aku tengok mama dengan papa saling berpandangan. Adoyai, semacam je pandangan diaorang kat aku.

“kenape pulak? Qale dah ada orang lain ke?”

Papa bertanya lembut. Ada peluang ni. Lagipun papa jenis cool tak suka marah-marah macam mama. Aku tarik nafas panjang sebelum menjawab soalan papa.

“sebenarnya Qale dengan Raze tengah bercinta sekarang ni”

Perlahan je aku jawab soalan papa. Tak sanggup langsung nak pandang muka mama tu. Gerun.

“apa?”

Tersentak aku dengar suara mama yang kuat melengking tu. Aku tengok Raze kat sebelah dah tak senang duduk. Dia meraup mukanya berkali-kali. Ah sudah, drama sudah bermula.





**************************************************





“betul ke korang berdua ni bercinta?”

Papa bertanya. Aku pandang Raze kat sebelah sambil buat isyarat suruh dia jawab soalan papa.

“err..emm...Betul uncle. Saya cintakan Qale. Kalau boleh saya nak kahwin dengan dia secepat mungkin”

Aku dah ternganga kat situ bila Raze jawab macam tu kat papa. Baik punya jawapan dia bagi kat papa. Tapi ok jugak sebab tadi aku lupa nak hafal skrip dulu dengan dia.

Aku tengok mama dan papa saling berpandangan. Haila, jangan la papa dengan mama marah kat Raze pulak. Takut jugak kalau diaorang tak terima ‘hubungan’ aku dengan Raze ni.

“betul ni kamu berdua bercinta? Atau berlakon je semata-mata sebab nak tolong Qale ni?”

Mama menjeling tajam kat arah aku. Mama macam dapat baca apa yang ada dalam fikiran aku sekarang. Seram betul.

uncle ingat korang berdua berkawan baik je, tak tau pulak tengah bercinta”

Papa sambung lagi sambil senyum.

“betul auntie, uncle. Dulu memang kawan-kawan je. Lepas tu baru bercinta. And sekarang ni saya memang betul-betul cintakan Qale. And saya harap sangat auntie ngan uncle dapat restui hubungan kami ni”

Raze siap genggam tangan aku lagi. Aku terkedu sekejap bila dia buat macam tu. Mama mengeluh panjang bila dengar jawapan Raze tu. Dia bersandar kat sofa sambil pegang kepala.

“nampaknya tak jadila kita nak berbesan dengan Na dan Syud”

Mama menjawab lemah. Aku dah nak melompat kat situ bila dengar mama cakap macam tu.

“tu la awak, suka-suka je nak jodohkan dia dengan Azrel tu. Mana tau anak kita dah ada orang lain. Lagipun saya tak berapa berkenan sangat dengan perangai dia tu”

Papa perli mama. Aku dah tersenyum-senyum sambil pandang Raze. Horrey, rancangan aku menjadi. Ni yang sayang lebih ni kat Raze.

“awak ni jangan burukkan Azrel la. Dia tu baik budaknya”

Mama back-up jugak anak kawan baik dia tu. Aku yang dengar buat muka menyampah. ‘Baik’ sangat la tu.

“yela-yela. Awak semuanya betul”

Balas papa. Malas kot nak gaduh dengan mama.

“err..Pa, ma..Kira kitaorang dapat restu la ni?”

Aku beranikan diri tanya soalan. Tu pun macam tergagap je.

“sape kate kami dah restu?”

Mama mencerun pandang kat aku. Haila, ingat dah settle hal ni. Aku jeling kat Raze yang hanya diam je.

“abis tu cam ne kitaorang nak kawin kalau papa ngan mama tak restu?”

Mama berdiri dan berjalan menghampiri aku. Apa pulak yang mama nak buat ni?

“Qale, Raze, mama ada syarat untuk kamu kalau nak dapat restu mama ngan papa”

Mama pegang bahu aku sambil tersenyum. Senyuman yang tak boleh aku tafsirkan. Apa syarat mama? Aku saling berpandangan dengan Raze.




Tuesday, March 22, 2011

When a Gay Fell in Love with a Tomboy -1





When a Gay Fell in Love with a Tomboy -1




“Qale!”

Senyap.

“Qhalisha!!”

Tetap senyap.

“Qhalisha Eyqima!!!”

Suara pekikan mama yang mengatasi kekuatan bunyi lagu dari YouTube tu menyebabkan aku terkejut. Nasib tak tergolek je jatuh dari katil.

Aku cepat-cepat menanggalkan headphone dari kepala. Mama ni kenapa la sampai terjerit-pekik panggil aku? Nasib tak pekak telinga aku ni. Nak layan YouTube sekejap pun susah. Butang pause aku tekan dengan malas.

Aku melompat turun dari katil dan menuju ke pintu. Lengan tshirt kaler putih saiz XL tu aku singkap ke bahu. Bukak je pintu, muka mama yang berwajah tegang terpampan di depan mata. Adoyai mama ni, apa lagi salah hamba? Aku cuba ukir senyum yang tak jadi.

“ade apa ma?”

Aku tanya sambil perhati baju yang mama pakai. Hoho, vogue gila dengan kaftan yang berlip-lap kat dada. Dengan mekap yang tebal nak dekat satu inci, extension mascara bagai. Huh macam nak pergi majlis-majlis rasmi je.

“kita ada tamu kat bawah, tukar baju pastu turun”

Arah mama. Aku masih berdiri statik depan pintu. Apakah? Tetamu? Siapa pulak yang datang petang-petang macam ni? Tak boleh tengok orang senang langsung.

“cepatla, apa lagi tercegat kat situ”

Aku tersentak sambil mengggaru-garu kepala. Tersengih-sengih depan mama.

“pakai macam ni tak boleh ke?”

Mama menjegil mata kat aku.

“Qhalisha, takkan nak turun sambut tamu dengan pakai macam ni?”

Mama menarik lengan baju tshirt yang aku singkapkan. Aku tengok je mama buat macam tu dengan mulut yang dimuncungkan. Mama pandang aku atas bawah. Ngee, scanning la pulak.

“ala ma, tak boleh ke?”

Aku merayu lagi dengan buat muka comel. Malasla nak kena tukar baju lain. Ok apa pakai tshirt dengan seluar baggy ni, bukan pakai tube dress pun.

“jangan nak mengada Qhalisha, cepar tukar”

Huhu, mama dah marah. Sempat lagi dia jeling aku sebelum turun. Aku menggaru-garu yang tak gatal. Nak pakai apa ni?








Aku turun bawah lepas dekat setengah jam beradu kat bilik. Sebenarnya tak tau nak pakai apa. Last-last sarung tshirt dengan jeans je.

Sampai je kat ruang tamu, mama dah tengok aku macam nak telan. Huhu, takutnya.

“ingatkan pakai baju apa la sampai berjam-jam kena tunggu”

Mama merungut. Aku buat muka selamba dengar rungutan mama sebab muka-muka tetamu tu lebih buat aku teruja. Auntie Na, Uncle Syud dengan seorang lelaki. Dan lelaki tu anak dia.

Apsal la mamat ni mengekor mama dengan papa dia hari ni? Biasa tak pernah datang pun kalau Auntie Na dengan Uncle Syud datang. Aku mula rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang akan berlaku je.

“biarla, dah dia selesa macam tu”

Balas Auntie Na sambil tersenyum. Yes-yes Auntie Na back-up aku. Aku tersengih-sengih sambil pergi bersalam dengan mereka. Tapi bila lihat muka lelaki a.k.a Azrel Aqif yang berada sebelah Auntie Na, hati aku mula rasa panas. Aku menjeling dia yang tengah memegang handset tu.

“Qhalisha buat apa sekarang?”

Tanya Auntie Na lembut. Aku pergi duduk kat sebelah mama.

“menganggur je sekarang ni”

Cepat je mama jawab sebelum aku jawab.

“tak kerja la?”

“entahla, puas disuruh tapi buat tak dengar je”

Aku sedikit menunduk. Huhu mama ni. Cakap yang buruk-buruk je pasal aku depan kawan dia. Aku bukan tak nak kerja tapi nak berehat dulu lepas habis belajar. Aku tengok lelaki tu tersenyum sinis je pandang aku. Ciss.

“dia nak rest dulu kot, lepas tu baru kerja”

Uncle Syud balas. Aku hanya senyum nak tak nak.

so cam ne dengan perbincangan kita tadi?”

Aku dengar je apa yang mama cakap. Perbincangan apa pulak ni? Macam serius je bunyinya.

“kami ok je. Lagipun Qif pun dah kerja dah”

Balas Auntie Na sambil senyum dekat aku. Apasal pulak dengan nama mamat tu naik sekali ni? Besar sangat ke mandat dia tu? Bukan anak raja-raja pun.

“kalau Qhalisha nak kerja sekali dengan Qif pun uncle tak kisah”

Uncle Syud senyum. Aku nak kerja dengan mamat tu? Biar betul? Simpang malaikat empat puluh empat. Tengok muka dia je dah hilang selera, ni kan nak kerja sama-sama. Teringat je kenangan pahit aku kat kolej. Kalau boleh nak je hilangkan memori tu.

“abang Sham tak ada, kalau abang Sham ada mesti diaorang suka”

Tiba-tiba je mama menjawab sambil sebut nama papa. Aku pandang mama dengan mata yang tak berkelip. Kenapa papa pulak yang disebut-sebut?

“err, uncle dengan auntie cakap apa ni? Serius Qale tak faham”

Aku yang senyap je dari tadi mula menyampuk. Aku tengok Auntie Na pandang mama sambil senyum-senyum. Komplot apa yang diaorang tengah bincang sekarang ni?

“kami datang merisik Qhalisha untuk Qif”

Aku mengangguk. Datang merisik. Eh apa yang Auntie Na cakap?

“me-merisik?”

Aku sedikit tergagap. Aku pandang wajah Qif yang tengah senyum pandang aku. What the hell? Auntie Na datang merisik aku untuk mamat ni?





***************************************************





“Raze”

Aku jerit panggil nama dia dari beranda. Mana la pergi mamat ni petang-petang macam ni? Takkan membuta pulak kot?

“Raze!!”

Aku menjerit untuk kali kedua. Masa tu la aku nampak kelibat bayang-bayang orang di sebalik langsir. Eh nampak macam ada dua orang. Siapa pulak tu? Setakat yang aku tau, rasanya Raze tinggal seorang je dalam bilik dia tu. Tak tau la pulak kot-kot ada orang lain yang datang menumpang.

“ade ape ni?”

Tiba-tiba je Raze keluar dari sliding door. Dengan rambut kusut masai dan pakai boxer je, selamba je dia duduk berlenggeng depan aku sambil tongkat dagu. Kalau orang lain, mesti aku segan jugak tapi dengan Raze, dah biasa dah dengan pemandangan macam ni. lagipun dah dekat lima tahun kitaorang berjiran.

“kau kena tolong aku ni”

Aku jawab soalan Raze. Tapi mata aku tak lepas pandang belakang Raze. Lebih berminat pada kelibat orang di belakangnya. Siapa eh?

“eh sape tu?”

Aku tunjuk dengan jari. Raze berpaling sekejap ke belakang dan tengok aku balik. Muka dia macam serba salah. Kenapa pulak ni?

“err, kawan aku tu. Singgah kejap tadi”

Raze menjawab sambil tergagap-gagap.

“hmm, takpe la. Eh tapi kau kena tolong aku jugak ni”

“tolong apa?”

Raze pandang aku. Lepas tu sekejap-sekejap pandang belakang. Macam serba tak kena je.

“mama aku la”

Aku sedikit mengeluh. Teringat kunjungan Auntie Na dengan Uncle Syud tadi buat aku sesak nafas. Gila punya rancangan diaorang, macam saja je nak satukan aku dengan mamat sengal tu.

“kenapa ngan mama kau? Dia sakit ke?”

Laju je Raze bertanya.

“bukanla, mama aku suruh aku kahwin la”

“hah kahwin?”

Mata Raze bulat pandang aku. Tiba-tiba dia tergelak sakan. Ciss, ada jugak yang kena sekeh kepala nanti ni.

“kau ni gelak pulak. Aku tengah serabut ni”

Aku mengeluh.

“relax la Qale. Baru suruh kawin, bukan suruh terjun lombong ke apa”

Raze masih tergelak-gelak lagi. Haiss, geram betul dengan dia ni.

“memangla, tapi aku tak nak kawin lagi la. Kerja pun belum”

“ok la tu, nanti jadi housewife sepanjang masa, tak payah kerja dah”

Aku bulat mata. Sempat lagi kenakan aku masa-masa macam ni.

“Raze!!”

Aku sedikit menjerit. Dia dah menutup mulut tahan ketawa.

“ok-ok. Aku dah tak gelak. So sape yang kena kawin ngan kau ni?”

“Azrel Aqif”

Aku menjawab lemah. Menongkat dagu sambil pandang Raze.

“mamat yang bergaduh ngan kau masa kat kolej tu ke?”

“yela. Sampai sekarang aku still sakit hati bila teringat pasal dia tu. Sengal betul”

Aku merungut. Benci betul dengan mamat tu. Selalu je cari pasal dengan aku masa kat kolej dulu. Tau la yang dia tu senior. Suka-suka hati je kenakan aku.

“dah tu kau nak aku tolong apa? Belasah mamat tu?”

Raze bertanya sambil mengerut dahi. Aku tersenyum bila memikir plan yang baru je aku fikir.

“takde la suruh pergi belasah orang cuma nak suruh kau jumpa mama aku je. Cakap yang kita tengah couple sekarang”

“kau dah gila ke Qale? Kita kan kawan je”

Eh Raze ni. Aku nak suruh olok-olok je bukannya betul-betul pun ni.

“memangla kita kawan je. Tapi kau tak kesian kat aku ke kena kawin dengan mamat tu? Kita berlakon je la macam tengah couple

Aku buat muka comel. Harap-harap Raze setuju. Lagipun buat sementara je. Bukan untuk selama-lamanya pun.

“err...Tapi”

Raze dah menggaru-garu kepala.

please la Raze, kau je yang boleh tolong aku sekarang”

“hmmm, yela-yela. Sebab kau ni kawan baik aku, aku tolong. Tapi mama kau boleh terima ke kalau aku cakap yang kita tengah couple?”

“mesti percayanya. Lagipun aku mana ada kawan dengan lelaki lain”

“okla. Tapi ada upah tak?”

Raze sengih. Eh dia ni? Nak upah bagai la pulak?

“kau ni ikhlas tak nak tolong aku?”

“aku saja je la. Kau ni cepat sangat sentap. Period ke?”

“dah-dah jangan nak mengarut kat sini. Esok kau datang jumpa mama aku k”

“yela-yela. Aku chow dulu”

Raze berpaling dah masuk ke bilik. Aku still pandang kelibat dia yang baru masuk ke bilik tu melalui langsir. Nampak macam mereka tengah bercakap-cakap je.




p/s : Cerita baru.. Tak tau best ke tak..Anyway enjoy..komen pun sekali :D